top of page

Tanya Elina Jalil

  • Saya rasa saya adalah ibu bapa yang selalu memanjakan anak sehingga anak saya tidak mahu berdikari. Bagaimana saya mahu betulkan keadaan ini?
    Berdikari adalah proses, ia mengambil masa yang lama untuk dididik. Tapi kita boleh asuh mereka dari kecil. Buat masa sekarang, apa yang kita boleh lakukan adalah dengan mengetahui perkembangan yang terdapat pada setiap fasa anak. Dari situ, kita akan menghargai setiap pencapaian anak-anak. Di sini saya kongsikan 5 tips yang MUDAH untuk mengajar anak-anak berdikari. Kenalpasti keperluan anak-anak untuk berdikari mengikut perkembangan mereka dengan menyenaraikan perkara yang mereka boleh lakukan sendiri. Berikan keutamaan dan selesaikan satu perkara pada satu masa, supaya anak-anak tidak rasa terbeban. Lupakan kesempurnaan. Terima bahawa anak-anak tidak boleh melakukan tugasan sempurna seperti kita. Memuji perkara yang mereka selesaikan sendiri, contohnya membuka kasut sendiri. Pujian tersebut menggalakkan anak-anak bermotivasi untuk melakukan perkara yang lebih sukar. Sabar dan yakin pada perkembangan anak-anak. Antara pakar kanak-kanak, Lev Vygotsky suka atas pendekatan “Scaffolding” untuk mengajar anak kemahiran baru. Lev Vygotsky mencadangkan bahawa perhatikan anak untuk memahami kemahiran yang mereka telah mahir, kemudian bekerjasama secara langsung dengan mereka untuk mempelajari kemahiran baru yang lebih sukar. Untuk mengetahui lebih lanjut, saya ada menerangkan secara terperinci di dalam buku Sebelum Mama Jadi Hijau.
  • Saya dan suami dua-dua bekerja. Dan kadangkala bila petang balik kerja kami dah kepenatan. Tiba-tiba anak buat hal pula, jadi saya geram dan termarah dengan kuat. Serba salah juga lepas tu. Ada tips untuk saya?"
    Tips ini dikongsikan oleh salah seorang Kaunselor di Malaysia dan saya amalkan, Alhamdulillah ianya berkesan : Ketapkan bibir, tahan elakkan untuk bercakap apa-apa. Hal ini kerana, apabila kita sedang penat dan marah, perkataan yang bakal kita lontarkan adalah perkataan yang kurang sopan. Jika tidak dikawal perkataan tersebut akan digunakan oleh anak-anak . (Non-verbal) Menunjukkan wajah yang serius, seolah-olah marah dengan perilaku anak. (Non-verbal) Tarik nafas dalam-dalam sekurangnya sekali (fisiologi nonverbal) Pergi dari situasi terseut dan membuat kerja fizikal. Contohnya membasuh baju. Lepaskan geram pada aktiviti yang kita lakukan. Pergi dari situ dan dapatkan akses air dan udara. Sama ada minum air, ambil wudhu atau hanya dengan membasuh muka. Saya juga pernah mengalami situasi seperti ini, tetapi saya tidak mahu situasi ini berkekalan. Jadi saya meningkatkan ilmu saya lagi dalam ilmu keibubapaan. Saya sertai bermacam-macam seminar dan membaca banyak buku “parenting”. Alhamdulillah berkat ilmu dan pengalaman tersebut saya kongsikan di dalam buku Sebelum Mama Jadi Hijau.
  • Marah anak ini sebenarnya boleh ke?
    Pertama sekali, persoalan pada diri sendiri “Sebab apa kita memarahi anak?” Kemungkinan kerana keadaan sewaktu itu tidak dapat dikawal atas kesalahan mereka. Bukan tidak boleh tegur kesalahan anak tetapi kena ada caranya apatah lagi kalau anak masih di bawah usia 6 tahun. Nabi Muhammad saw pun ajar kita didik anak bawah 6 tahun dengan cara menegur yang lembut dan membetulkan kesalahan mereka dengan lembut. Bukannya marah, tengking dan memukul. Untuk pengetahuan bila kita marah pada anak, ia akan menyebabkan bahagian otak reptilian mereka semakin aktif. Kesannya anak akan menjadi semakin sukar untuk dikawal. Apabila kita marah anak, kita juga sedang membiarkan otak reptila mengawal diri kita. Saya ada kongsikan cara-cara yang lebih senang dan ringkas di dalam buku Sebelum Mama Jadi Hijau.
  • Saya nakkan anak saya berjaya macam saya atau lebih baik dari saya. Jadi salah ke kalau Saya dah susun siap-siap apa yg dia perlu buat dan belajar?
    Betul, apa yang anda sedang lakukan itu betul, kerana kita sebagai ibu bapa memang hendakkan yang terbaik untuk anak-anak. Tetapi ibu bapa perlu tahu dan ingat apa yang terbaik untuk kita, tak semestinya terbaik untuk anak-anak. Kita boleh merancang tetapi tidak perlu memaksa anak mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Kita harus melakukan yang terbaik untuk mengajar mereka agar bersedia ketika waktunya telah tiba. Bukan ibu bapa sahaja yang mempunyai style yang tersendiri, tetapi untuk mengenali personaliti dan profiling anak-anak juga ada jenisnya. Untuk melihat minat anak, anda perlu melihat melalui energi dan pergerakkan mereka. Berkenaan perihal anak-anak, saya akan kongsikan dengan lebih terperinci di dalam buku yang seterusnya. Nantikan perkongsian saya yang lebih menarik dan sangat best kepada ibu bapa yang ingin mengetahui kebolehan dan minat anak-anak.
  • Saya rasa cara saya tackle atau urus anak saya macam dah ok. Cuma kadang-kadang sahaja dia tidak dengar cakap. Adakah saya perlu baca buku ni?
    Semasa umur 2-6 tahun, untuk mengawal anak-anak memang perlukan try and error. Kita perlu menggunakan pelbagai cara untuk tackle anak-anak. Saya juga menggunakan pelbagai jenis cara. Oleh kerana itu,saya dokumentasikan cara terbaik yang telah saya gunakan pada anak-anak saya, agar ibu bapa di luar sana dapat mengurus anak-anak dalam keadaan yang sistematik dan senang. Perlu atau tidak, bergantung pada keperluan Puan, bagi saya ‘YA’ kerana ilmu keibubapaan ini perlu dicari dari pengalaman-pengalaman ibu bapa yang telah berjaya mengawal anak-anak mereka.
Supermom Superdad Masthead White 1 (Clea
bottom of page